Posts

Showing posts from July, 2009

lex non scripta

dakwat pen biru selalu terpalit dikulit jari terkadang dikuku tak ape. nanti mandi, gonyoh sampai hilang. gonyoh sampai kulit tercabut. terus menulis.... "...bu...ang...emak..bu..ang sau..da..ra...ke..ra...na..kass..ssiih..ham..ba turut..kan..." lipat-lipat, selit dibucu meja mekap. abang imran, tunggu saya. cinta lazim untuk membuta hati.

aliunde

berjengket-jengket berjalan memegang seluar, angkat sedikit air busuk membasahi lantai flat shoes jenama louis vuittion, harga rm1800.00, duit malaysia. seluar moschino, USD 90 dibida di e-bay. busuk. busuk sangat. tapi mana kedainya? harus dicari. harus. "dik, mana tempat orang jual bunga?" "sana," muncung adik menuju ke kanan. "ok, thanx." jengket-jengket. *wrushhh* air disimbah. "tak nampak orang jalan ke ha?" jeritnya. penyimbah air terkelip-kelip memandang. basah kasut. ah! "kasut ni pun hasil awak jual sayur tu tak mampu la nak bayarrrr!" jengket-jengket, sampai di kedai bunga. seloroh si penjual bunga, "geli dengan keadaan pasarkah? dari tadi saya tengok awak. terjengket-jengket. lain kali hantar orang lain kalau nak ambik bunga. jangan datang, kasihan orang lain, buat kerja, tapi awak maki mereka." senyap. (tribute untuk pemasar-pemasar di pasar besar, kuantan, sumber ilham auntie nor)

servus poenae

malam tu, pertama kali teguk air setan. tau, agama cakap jangan. tapi, nak cuba. perit tekak. tapi, nak lagi. tuang-tuang-tuang. nanti esok -esok boleh minum lagi. sebab dah pandai. pulang. Stephen pandu kereta. dia tak minum. dan dia seorang vegetarian. dia juga tak merokok. duduk di sebelah Stephen. lagu Marilyn Manson. "awak, agama awak yang paling kuat menghalang untuk tidak menyentuh alkohol dan meneguk biarpun setitik?" dingin. diam. tanpa jawapan. 15 saat. "u..please shut up Steve.." malam tu....

child destruction

malam pekat..menonong angin kesana-kemari... mengilai-ngilai ketawa iblis... mengesot tubuh menarik selimut.. tutup dari kaki hingga ke dada anak kecil.. sejuknya hingga gigil tubuhmu.. tubuh yang baru dirakus ayah jahanam... setan!

re ipsa loquitor

kosong. macam langit tanpa awan. macam air tanpa hidrogen. mau aja babikan semua yang ada. kusut. terlalu sakit untuk tempuh satu-satu. melanggar angin tak nampak mata. roh lapar mencari iman. iman itu dari sabar. sabar itu dari hati. tapi, ikut hati..mati. anjing, babi haram. itu juga yang disebut cerca. kenapa? owh, lupa. alkohol berenang lalu jiwa hancur. tahi judi bersepah-sepah di kaki seluar. kisah apa orang kata. prinsip aku, kubur itu lain-lain. peduli apa. itu ayat nak sedap hati. khabarkan aja. kerana kebenaran tetap zahir. nafi nafi nafi. sampai mati kau nafi. dah mati nanti, boleh kirim sebotol JD? kelakar. tak pun. aku sendiri menggigil kalau tiba bab mati.