Posts

Showing posts from June, 2010

bapak

jangan benci bapak aku biar aku seorang saja begitu jangan di maki bapak aku biar aku saja memegang derhakanya jangan di ludah bapak aku sebab aku akan jadi tong-nya.

hati

kau merajuk ke? mana aku nak tahu. sebab kau tak beritahu apa yang kau rajukkan. kau ingat aku scanner otak dan hati kau? merajuklah seorang diri. aku malas nak peduli. -hati jantan, hati betina-

perempuan di hujung pintu

AKU INI PEREMPUAN YANG PERLU DIBELAI AKU INI PEREMPUAN YANG PERLU DIMANJAI DENGAN SAYANG YANG IKHLAS BUKAN SEKADAR BERBOGEL BERDUA DI ATAS KATIL BUKAN AKU INI PEREMPUAN  YANG DAHAGA AMAT KASIH SAYANG  AKU INI PEREMPUAN YANG PINGIN AMAT DIPUJA AKU INI PEREMPUAN  YANG MAHU KAMU SAJA... JANGAN BERI HATI AKU INI TERGESEL DENGAN CINTA LELAKI LAIN. JANGAN. UNTUK KAMU. INI JERIT HATI AKU YANG KAMU TAK NAMPAK. YANG KAMU HENYAKKAN HAK-NYA. YANG KAMU KETEPIKAN RASANYA. TOLONG. AKU KATA...JANGAN.

gaza

Allah Tuhan segala makhluk di dunia. Allah, aku tahu Kau telah bersuara didalam kitabMu yang mereka tidak akan bertanah dimana-mana muka bumi ini. tapi Ya Illahi, aku pohon.....agar kuasaMu menggegar jahanam-jahanam itu. aku pohon Ya Illahi. aku pohon.