Posts

Showing posts from March, 2010

mens rea

kamu kerap hadir dalam mimpi aku Apa Tuhan mahu tunjukkan sesuatu... atau syaitan mahu menggoyang kasih aku?

try to be funny

kalau aku boleh buka mata ketika terbersin berapa agaknya kelajuan mata yang keluar dari kelongsongnya kelak?

sometimes

i don't understand me half half another half and another half. three fold, should be okay. i guess. love you. this this much.

sulit

aku tengok langit cerah tanah basah perlu aku senyum untuk menidak?

manusia semak

aku rimas dengan manusia semak yang datang menyinggah hanya untuk menyakit hanya untuk meninggal ludah di pipi ini hanya untuk,  "hi. can i have sex with you now because tomorrow i might not be the same person." tolong lah. aku rimas dengan manusia yang menambah cerita jadikannya suatu yang serius untuk diambil kira. aku tak suka perkara kecil dibuat isu. tolong. aku minta tolong ni. jauhkan diri dari aku. tolong.

delay

aku tak mahu tangguh lagi... aku mulakan dengan bismillahirahmanirahim... biar sampai kiamat kelak. Tuhan, pantau aku.

send her to prison

jiwa aku yang larut dalam serabut hidup dalam kejian manusia lain kasihan kan? bertahan tanpa merungut bila diherdik senyap menahan marah bila diperkecilkan pegang dada sekuat hati bila ditohmah ketawa mata berkaca air bila didusta kasihan kan? manusia yang selalu dirundung murung selalulah yang ada masalah selalulah yang hidupnya tak pernah elok selalulah berdoa pada Tuhan walhal ibadatnya tak seberapa syukur bukan hari-hari sudah-sudahlah kasihankan diri sendiri sudah  sudah