kadang-kadang aku rasa aku ini adalah doa mama untuk tunjukkan pada ayah betapa kejamnya lelaki lain terhadap anaknya ini kadang-kadang aku rasa, aku dah salah memilih jalan tetapi akan temui jalan yang betul tetapi untuk mengambil short cut itu mustahil kadang-kadang aku rasa aku ni macam mangsa keadaan terkepit dan tersepit, sakitnya Dia aja yang boleh kurangkan kadang-kadang aku rasa aku macam tidak peduli perihal hati manusia lain kerana pentingkan hati aku lebih dari segalanya... kadang-kadang aku rasa aku ini disilap nilai oleh separuh lagi hati aku dan tiap kali kiub ais di hati mencair, aku katakan, tak mengapa, separuh hati aku itu baru aja mengenal aku biarpun untuk 25 tahun akan datang, aku akan tetap nyatakan itu... aku penat. aku pohon di matikan sebentar. sebentar cuma.