berjengket-jengket berjalan memegang seluar, angkat sedikit air busuk membasahi lantai flat shoes jenama louis vuittion, harga rm1800.00, duit malaysia. seluar moschino, USD 90 dibida di e-bay. busuk. busuk sangat. tapi mana kedainya? harus dicari. harus. "dik, mana tempat orang jual bunga?" "sana," muncung adik menuju ke kanan. "ok, thanx." jengket-jengket. *wrushhh* air disimbah. "tak nampak orang jalan ke ha?" jeritnya. penyimbah air terkelip-kelip memandang. basah kasut. ah! "kasut ni pun hasil awak jual sayur tu tak mampu la nak bayarrrr!" jengket-jengket, sampai di kedai bunga. seloroh si penjual bunga, "geli dengan keadaan pasarkah? dari tadi saya tengok awak. terjengket-jengket. lain kali hantar orang lain kalau nak ambik bunga. jangan datang, kasihan orang lain, buat kerja, tapi awak maki mereka." senyap. (tribute untuk pemasar-pemasar di pasar besar, kuantan, sumber ilham auntie nor)
Aku rasa nak cuci rumah ni. Nak susun elok² barang. Lepaskan mana yg perlu. Kemudian, kucing² aku nak rawat satu². Biar sihat elok² semua. Lepas tu, bina elok² tmpt boleh berehat di luar rumah. Elok². Aku nak semua elok²......
kalau... perpisahan itu jalan yang terbaik, biarpun hanya pada sebelah pihak, lakukanlah... kerana jika satu pihak masih mengharap, aku rasa, ianya wasting of time. once the axe falls, it falls.